Pinjaman Koperasi Kerajaan: 7 Tips Sebelum Mohon
Pinjaman peribadi adalah sejenis kemudahan kredit daripada institusi kewangan untuk bantu memenuhi keperluan kewangan anda.
Maksud Pinjaman Koperasi Kerajaan
Pinjaman koperasi kerajaan adalah sejenis pembiayaan peribadi yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan (majlis), badan berkanun dan agensi kerajaan terpilih. Pinjaman koperasi adalah pilihan popular di kalangan penjawat awam sebab kelonggaran dan fleksibiliti dari segi permohonan berbanding dengan bank komersial.
Salah satu sebab adalah pembayaran balik pinjaman koperasi dilakukan menerusi potongan gaji atau Biro ANGKASA. Kebanyakan pinjaman koperasi yang ditawarkan adalah berkonsep pembiayaan peribadi islamik.
Pihak yang menawarkan pinjaman koperasi kepada penjawat awam adalah koperasi-koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Selain koperasi, pihak yayasan dan terdapat juga bank tertentu yang bekerjasama dengan entiti tempatan untuk menawarkan pinjaman koperasi.
Walaupun pihak yayasan bukanlah koperasi, tetapi pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh yayasan dan juga bank mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan pinjaman koperasi dalam pelbagai aspek. Ini termasuk kaedah bayaran balik pinjaman menerusi potongan gaji.
Ciri-ciri Utama Pinjaman Koperasi Kerajaan
- Kaedah bayaran balik pinjaman koperasi adalah menerusi perkhidmatan potongan gaji yang disediakan oleh Biro ANGKASA atau Akauntan Negara. Kedua-dua agensi ini mengawal gaji penjawat awam. Jadi, inilah antara sebab utama pinjaman koperasi hanya ditawarkan kepada penjawat awam sahaja.
- Jumlah pembiayaan koperasi minima adalah sebanyak RM2,000 dan maksima sehingga RM250,000.
- Tempoh pinjaman koperasi sehingga 10 tahun atau sehingga bersara, mengikuti tempoh yang lebih pendek.
- Kebanyakan pinjaman koperasi menawarkan perlindungan Takaful insurans. Amaun premium Takaful akan ditolak terus daripada jumlah pokok pinjaman. Jadi, anda tidak perlu risau apa akan berlaku pada pinjaman jika meninggal atau kemalangan.
- Pinjaman koperasi adalah tidak bercagar. Ini bermaksud jenis pinjaman ini tidak memerlukan penjamin pinjaman (guarantor) atau sebarang cagaran.
- Kebanyakan pinjaman peribadi bank dan koperasi ditawarkan kepada penjawat awam bekerja tetap sahaja. Hanya ada beberapa koperasi yang menawarkan pinjaman kepada pekerja status kontrak.
- Potongan gaji yang dibenarkan untuk pinjaman koperasi tidak boleh melebihi 60% daripada gaji kasar. Maksudnya, dalam slip gaji penjawat awam peratusan gaji bersih mestinya sekurang-kurangnya 40%.
Artikel Lain
8 JENIS TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK 2024
8 Jenis Tabung Simpanan Pendidikan 2024 untuk Anak Merancang masa depan anak-anak adalah tanggungjawab setiap ibu bapa. Salah satu...
KHAS UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN
Kenapa Pilih Pinjaman Peribadi Kerajaan Kami? https://www.pinjamanperibadikerajaanmy.com/wp-content/uploads/2024/12/CAPAI-IMPIAN.mp4 Adakah anda sedang mencari pinjaman peribadi yang cepat, mudah, dan dipercayai? Kami...
DAPATKAN CASH-OUT TINGGI DENGAN PINJAMAN PERIBADI KAMI
Dapatkan Cash-Out Tinggi dengan Pinjaman Peribadi Kami Jika anda sedang mencari cara mudah untuk mendapatkan wang tunai dalam jumlah...